Rumusan Eksekutif
Yayasan Ilmu Sarawak adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada Oktober 2014, dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar di Sarawak yang kurang berkemampuan dengan memberi geran bantuan dan biasiswa. Yayasan Ilmu Sarawak juga bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak melalui pendidikan dan pelbagai perkhidmatan.
Cabaran utama adalah untuk mengumpul dana dari pelbagai sumber, inisiatif dan instrumen baru seterusnya menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi membantu pelajar dan graduan untuk melanjutkan pembelajaran mereka ke tahap berkemahiran tinggi, berilmu pengetahuan dan terlatih sama ada mahir atau separa mahir. Atas maksud ini, keperluan asas dan struktur pengurusan Yayasan Ilmu Sarawak menfokuskan operasi yang lebih mantap dan kukuh bagi merealisasikan matlamatnya dengan menyediakan ruang dan peluang dari sudut penjanaan dan pengagihan sumber kewangan.
Misi
Untuk mengumpul dana melalui pelbagai inisiatif dan instrumen baru.
Untuk menjalinkan rangkaian strategik dengan agensi-agensi kerajaan, GLC dan swasta penjanaan pendapatan YIS.
Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan budaya kerja yang cepat, tepat dan betul.
Objektif
Untuk memberi bantuan kepada pelajar yang kurang kemampuan.
Untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan pertolongan melalui pendidikan dan pelbagai perkhimatan.