Biasiswa Yayasan Kemahiran Teknikal Sarawak

Pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus kemahiran teknikal di dalam negara diperingkat Sijil, Diploma Kemahiran atau Diploma Lanjutan. Biasiswa ini akan membiayai Yuran Pengajian dengan kadar 100% atau 50%.

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada rakyat Sarawak sahaja.
  • Pemohon mestilah berumur lebih daripada 17 tahun ke atas dan tidak melebihi 25 tahun.
  • Mendapat Surat Tawaran mengikuti kursus/latihan di institusi kemahiran/teknikal tempatan secara sepenuh masa

Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  • Surat Tawaran kemasukan ke institusi
  • Sijil-sijil SRP/PMR/SPM/SPMV
  • Kad Pengenalan Pelajar dan Ibu Bapa/Penjaga
  • Sijil Lahir dan Sijil Berjenti Sekolah
  • Sijil Kematian ibu/bapa sekiranya meninggal dunia
  • Slip gaji/Penyata Cukai Ibu/Bapa/Penjaga
  • Penyata Pencen dan Kad Pesara bagi yang bersara
  • Pengesahan rasmi pendapatan ibu/bapa/penjaga yabg tiada slip gaji/penyata pencen (Disahkan oleh penghulu/Pegawai Daerah)

**Nota: Maklumat Pemohon dan senarai dokumen yang TIDAK LENGKAP akan TERTOLAK.

 


Copyright © 2018 Yayasan Ilmu Sarawak Sdn Bhd Yayasan Ilmu Sarawak berdaftar di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Pengecualian Cukai Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (no rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7936)